ENTAH SAMPAI BILA,..

~ Tuesday, February 2, 2010
Salam sahabat,..

Menjadi salah seorang pegawai kerajaan amat-amat dinantikan oleh sebilangan warganegara di negara ini. Malahan ini terbukti dari statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) samada peringkat federal mahupun state. Hal ini berikutan kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada staf-staf dan pegawai sektor awam.

Walaupun demikian, kemudahan ini tidak harus melekakan hingga membawa impak kepada warganegara yang dikenali sebagai pengguna. Sudah berkali-kali masalah ini berulang walaupun ketua negara sendiri sudah melakukan pelbagai usaha bagi masalah ini diselesaikan dan berulang.

Tentu saudara/i tertanya-tanya permasalahan apakah itu. Ingin saya nyatakan di sini, permasalahan tersebut adalah 'kerja red-tape', 'kerenah birokrasi' dan pelbagai lagi masalah melambat-lambatkan kerja. Tidak hairanlah pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi mengurangkan permasalahan ini namun kurang berjaya dilakukan.

Contoh yang boleh di ambil adalah seperti masalah yang dihadapi oleh rakan saya. Beliau merupakan pelajar universiti di salah satu IPTA di Malaysia. Kisahnya, beliau mempunyai masalah untuk mendaftar kuliah bagi sesi pengkuliahan semester baru 2009/2010. Oleh yang demikian, beliau telah diminta untuk menulis surat ke Naib Cancelor universiti tersebut. Untuk pengetahuan, rakan saya ini menuntut di salah sebuah anak kampus universiti tersebut. Oleh yang demikian, beliau telah menulis surat kepada NC tersebut 'melalui' fakultinya.

Namun begitu, jawapan balas daripada pihak pengurusan hanya diterima selepas dua (2) minggu selepas surat tersebut dihantar. Adakah ini masalah diluar jangkaan atau masalah berulang. Sama-sama kita renungkan. Entah sampai bila,..


p/s: ate teman malas sangat nak berurusan dengan deme ni. Keje lambat sangat. Nasib baik la teman buat latihan industri bukan kat sektor awam. Kalo tidak, huh...goyang kaki la teman takde keje nak buat.
Dengor kabor kawan-kawan teman yang buat latihan kat sektor awam takde keje lain. Kerja nyer memang lor tersangat berat. Faks surat, fotostat surat, buat surat...adeh la. Pe la nasib deme.


0 comments:

Post a Comment